Lohrani's Blog

Just another WordPress.com weblog

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN


Meneliti sebuah rakaman kuliah Ustaz Rasul Dahri baru-baru ini membuatkan saya berfikir panjang, memohon gerak daripada Kekasih dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghasilkan karangan ini. Hal ini tidaklah bermaksud saya terpesona ataupun ‘termakan’ dengan pembicaraan Ustaz Rasul Dahri itu tetapi untuk menyampaikan beberapa perkara penting kerana peluang ke arah itu terbuka kini. Tidak sangka pula yang ia akan lahir melalui tontonan ke atas cakap-cakap ustaz ini. Begitulah, jika bukan kerana Iblis menderhaka, manakan lahir para rasul dan nabi dalam bentuk jasad. Betul tidak?

Kebenaran terpaksa diwartakan atas rasa cinta kepada Allah dan bertanggungjawab ke atas amanah yang diamanahkan sejak sebelum diri ini yang asal dimasukkan ke dalam jasad yang baru tumbuh ini. Suka ataupun tidak kenalah dinyatakan juga sekadar kemampuan kita yang serba dhaif ini. Kita yakin, hanya Allah yang berkuasa memberi faham, bukan makhluk. Namun begitu, usaha dan ikhtiar tidak sesekali kita ketepikan.

Tiga empat tahun lepas buat pertama kalinya saya membaca dan menonton hasil tangan Ustaz Rasul Dahri berkaitan perbahasan tahlil arwah. Kebanyakan hujah-hujah bawaannya yang pada saya longgar untuk dijadikan pegangan membuatkan saya kurang ambil pusing akan dakwah dan dakyahnya selepas itu. Hujah-hujah yang ada kalanya berisi penyelewengan, penipuan, salah faham dan buruk sangka itu hanya akan berkesan ke atas orang-orang yang malas menggunakan fikiran sahaja ( Lihat BAHAYA ISRAILIYYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT bahagian ke-3 http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=172&mode=&order=0&thold=0 ). Saya tidak merasakan yang dakwah dan dakyahnya akan mendapat sambutan besar dan menggugat apa-apa yang penting di negara ini, jadi biarkanlah kelompok sempitnya terus wujud agar sekurang-kurangnya boleh juga kita jadikan contoh dalam pengajaran kita nanti. Selain itu, kelompok ini juga berguna untuk para peminat dan pendokong dakwah Tajdid Tua @ Wahabi mengukur siapakah yang benar-benar Salafi Wahabi dalam kalangan dua ataupun tiga kelompok Salafi Wahabi di Malaysia kini dan dua tiga kelompok Wahabi yang belum tiba secara borong dari luar negara (Lihat KERESAHAN BANG GURU http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=166&mode=&order=0&thold=0 ).

Rupa-rupanya Ustaz Rasul Dahri ada menulis tentang Ikhwanul Muslimin. Jadi dalam video itu dia mempromosikanlah hasil tulisannya, yang dengan kuasa Allah dan tanpa disedarinya yang dia juga sebenarnya sedang mempromosikan kelemahan dan kesilapannya kepada umum. Kelemahan dan kesilapan yang saya maksudkan hanyalah dalam HAL INI SAHAJA tanpa menafikan KEARIFANNYA dalam bidang-bidang lain. Begitulah kaedah memberi komen. Di samping itu, dia juga sebenarnya membuka pekung kecelaruan fahaman kaum Salafi Tua @ Wahabi khususnya di negara ini dengan lebih jelas. Beruntung sungguh kita umat Islam Nusantara- “berjalan dua langkah tetapi jaraknya mencapai sepuluh langkah” (Lihat SALAFI TULEN MENDAKWA DR. ASRI AHLUL BIDAAH http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=&order=0&thold=0 ).

Mulanya kita sentuh sedikit tentang sejarah gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pemantapan pemahaman pembaca di bahagian isi-isi nanti sekalipun kita faham yang banyak pembaca sudah sedia maklum dengan sejarah Ikhwan meskipun mereka tidak ataupun belum berbaiah dengan Ikhwan (Lihat IKHWANUL MUSLIMIN & HASSAN AL BANNA http://www.forumforfree.com/viewtopic.php?t=905&start=0&mforum=no2christ ).

Sebaik-baik sahaja jatuhnya kekhalifahan terakhir umat Islam, yang SALAH SATU daripada punca kejatuhannya ialah akibat hasil tangan PARA PENGIKUT dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang MEMBERONTAK KEPADA DAULAH  ataupun MENYERANG WILAYAH DAULAH ISLAM, Allah bangunkan satu jemaah baru yang bersifat global zahir dan batinnya iaitu Ikhwanul Muslimin (Lihat KENALI WAHABI SEHINGGA KAMU BETUL-BETUL KENAL http://www.forumforfree.com/viewtopic.php?t=716&mforum=no2christ ). Jemaah ini berusaha untuk bersederhana dalam segala hal dan menjauhi ketaksuban melulu. Ahli-ahlinya digerakkan atas MODAL TARBIAH dan PEMAHAMAN, bukan sekadar atas dasar semangat dan mengikut-ikut sahaja.

Ikhwan diasaskan di Mesir- bumi Nabi Musa yang juga bumi Firaun. Sebab itulah kita boleh temui sebaik-baik manusia dan juga sejahat-jahat manusia di sana. Ada Nabi Musa, adalah Firaun. Pengasas Ikhwan ialah Imam asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau bukanlah seorang ulama elit dalam mana-mana bidang tetapi mempunyai ilmu yang mencukupi untuk membicarakan semua bidang yang ada. Dan yang paling penting, beliau seorang genius dalam melahirkan dan melaksanakan saranan-saranan untuk mentajdid individu, mentajdid keluarga, masyarakat dan umat (Lihat ADAKAH IKHWANUL MUSLIMIN PENGGANAS? http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=120&mode=&order=0&thold=0 ).

Advertisement

October 4, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.